? ??????????????Skulls On Fire? ????? ?? ???Rating: 4.8 (24 Ratings)??76 Grabs Today. 36165 Total Grabs. ?
?????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????Dark Tree? ????? ?? ???Rating: 4.2 (18 Ratings)??74 Grabs Today. 17050 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, June 22, 2010

cinta

PergilH CINTA AKULUKAN MU SEKARANG!!!!!!!!!!!..aku harap sangat orang tu kembali ke sini untuk jumpa aku.. TOlonglah.... aku perlukan seseorang untuk lupakan dia.. kenapa aku bertepuk sebelah tangan.. biarlah aku dengan kawan aku.. kekasih.. mungkin tak ada... yelah siapa nak ngan aku bak kata dia.. aku ingat setiap butir bicara dia.. biar aku....sendiri.......................

Sunday, November 29, 2009

Do You Love Me?-3

Bab 3


  Sehari sebelum hari pernikahan itu,sewaktu di sekolah ..fara tidak dapat menupukan perhatian di dalam kelas sampai waktu rehat.

 "weyy fara..apasal dengan kau ha? dari tadi tak tumpukan perhatian dalam kelas?"tanya emah tetiba.
"tak ada apa-apalah ..mmm karang pergi kantin dulu,aku nak pergi tandan and koperasi dulu....",kata fara dan berlalu pergi meninggalkan rakannya.

 Semasa berjalan menuju ke tandas,fara terserempak dengan irfan dan dia terus mengelak dengan melalui jalan lain.
 Akan tetapi belum sempat fara mengelak,irfan terlebih  dahulu menarik lengan fara.

 "apa hal ni, nak kena tangkap lagi ke",lantag suara fara.
 "taklah ,saya ada something nak cakap dengan awak ni",lembut irfan menutur katanya.

 Ini kali pertama fara mendengar irfan bercakap dengan lembut kepadanya.

 "okey,cakaplah cepat"kata fara.
 "selepas kita kahwin, kita tidur bilik berasingan ,mama and papa dah setuju.And... one more thing..masa kita jadi suami isteri awak jangan harap layanan baik dari saya..then bila umur saya dah matang ..saya akan lepaskan awak..faham!!",tegas irfan

 "itu je awak nak cakap..okey saya setuju ..but saya pun ada satu syarat",kata fara dan memandang muka irfan dengan senyuman sinisnya.
 "apa dia",kata irfan
 "saya boleh panggil awak dengan nama apa pun..okey deal..."jelas fara
 "okey".,kata irfan malas
 "okey.. saya nak chow dulu... jumpa lagi esok ye ABANG!",kata fara dengan senyuman mengejeknya

  ..........................................................................................................................................

 "Aku terimanya nikah Farah Diyana binti Nordin dengan mas kahwin 200 ringgit tunai"lafaz irfan depan tok kadi.

 Dengan sekali lafaz sahaja, Farah Diyana binti Nordin telah menjadi isteri yang sah kepada irfan. Majlis doa selamat tapi hanya keluarga terdekat  sahaja dijemput untuk memeriahkan majlis itu.Malam itu juga fara berpindah  masuk ke dalam banglo 3 tingkat itu.

 Pada malam itu, selepas majlis doa selamat fara dan irfan naik ke tingkat 3 untuk masuk tidur. Memandangkan mereka masih muda ,ibu bapa mereka setuju yang bilik mereka diasingkan.

 "okey sekarang saya nak masuk tidur..ini bilik saya dan itu bilik awak.. tadi bibik dah kemaskan bilik tu and baju awak"kata irfan sambil menunjukkan bilik fara.
 "thanks..okeyy selamat malam",kata fara dan terus menuju ke arah biliknya yang bertentangan dengan bilik irfan.

 Irfan pun masuk ke dalam biliknya . Malam pertama mereka dihiasi dengan keadaan yang bukan sepatutnya berlaku bagi sepasang pengantin baru.

.....................................................

  Fara bangun pada pukul 6.00 pagi untuk sembahyang subur. Selepas itu dia pergi mandi dan siapkan diri.
 Semasa fara keluar dari bilik dia melihat bilik irfan yang sunyi sepi itu.

 Fara  turun ke tingkat dua untuk menyiapkan sarapan,tetapi hajatnya tidak kesampaian apabila  sesampai sahaja dia ke ruang makan,makanan sudah tersedia.

 "assalamualaikum bibik",tegur fara pada bibik yang sibuk dengan kerjanya.
"waalaikumusalam,ohh puan muda sudah bangun?",tegur bibik ramah.
 "sudah lama pun,oh ye bibik panggil fara sahaja , tak payahlah berpuan-puan segan saya",kata fara tersenyum manis.

 "baiklah pu..an ehhh fara.",kata bibik tersenyum
"bik,biar saya tolong ye"kata fara sambil mencapai dulang
"egg tak payah fara , nanti tuan marah saya, fara duduk je kat depan tu.. tuan dan puan dah ada kat depan tu..irfan pun ada sekali tu", kata bibik

"yelah bik,saya pergi depan dulu",kata fara dan berlalu ke depan.

 Apabila sampai ke ruang makan,papa,mama dan irfan sedang menjamu selera.

 "assalamualaikum papa,mama"ucap fara dan mengambil tempat di sebelah irfan.

 "waalaikumusalam,lahh... apasal pergi dapur tadi..terus je pergi ruang makan ,bibik sudah uruskan semua fara"kata papa prihatin

 "tak tadi fara tengok ruang makan kosong lagi, itu yang pergi dapur sekejap",jelas fara

 Mereka berempat menjamu selera,selepas itu ,fara meminta izin untuk naik ke atas untuk siapkan  kerja sekolahnya,manakal irfan telah pun menghilang ke bilik musiknya yang sama tingkat dengan biliknya serta irfan. Bilik itu kalis bunyi,jadi apa yang berlaku di dalamnya tidak dapat didengari di luar bilik itu.



Saturday, November 28, 2009

Do You Love Me?-2

Bab 2

 Satu bulan sudah berlalu,sekarang bulan  dua telah menjelma dengan pantasnya meninggalkan bulan 1.
Hari ini di sekolah ada ceramah agama tentang kes remaja di tangkap khalwat. Cikgu telah pun pesan agar menjaga tingkahlaku serta disiplin agar tidak memalukan sekolah.

 "Fara kau nak pergi letak buku ni dulu ke atau terus ke dewan dengar ceramah?",tanya lynn
"aku pergi letak dulu,korang pergi dulu .... lagipun buku ni banyak sangatlah",terang fara sambil memulakan langkah untuk ke kelas.

"ok...hati hati tau",pesan emah
 "ok",laung fara yang sudah pun jauh di hadapan.

 Jalan yang singkat yang perlu dilalui  untuk balik ke kelas ialah jalan belakang iaitu berdekatan dengan stor belakang .
 Semasa melalui di hadapan stor, sekali lagi fara terlanggar seseorang kerana matanya memandang tanah.
 'buuuukkkkkkkkkkkk!!!

 "adoi sakitnya",jerit kecil fara yang cuba bangun dan mengutip buku-bukunya yang bertaburan.
 "maaflah, tadi mata kat tempat lain",jelas fara yang terus bangun selepas mengutip bukunya.

 "ni dah kali kedua , kau langgar aku,nampak ke tak orang yang jalan di depan",marah orang yang dilanggarnya

 "ohh... kau ke, sorrylah",kata fara dan membuat muka comelnya selepas mengetahui orang yang dilanggarnya adalah irfan.

 "lagi lagi sorry!!!..entah letak kat mana mata tu",marah irfan lagi dan berjalan setapak dua ke hadapan dengan angkuhnya.

 Fara terdiam untuk seketika... tiba-tiba......

 "heyyyy kau ingat kau bagus sangat ke!!!"jerit fara.
Semua orang yang lalu lalang melihatnya.

 "kau ingat ,kau anak pm boleh buat sesuka hati .....dahlah jalan control macho"marah fara lagi.

 Irfan pusing ke belakang dan terus berjalan serta menghampiri fara dan berkata
 "weyyy aku rasa kau ni  dah lebih ye",bisik irfan di telinga fara sambil memerhatikan orang di sekelilingnya
 "suka hati aku lah",lantang fara menjerit

 Irfan menarik  fara ke dalam bilik stor dan menghempas pintu bilik stor itu, dia mendepangkan tangannya di dinding supaya fara tak dapat lari darinya.

 "heyy...you don't have to shout okey... kenapa nak cari populariti prcuma ke??"bengis muka irfan
"oiii..mana ada?? aku cari populariti ..??kau tu yang tak sedar diri,mentang-mentang anak pm..kau ingat kau boleh buat sesuka hati kau..pergi mampuslah dengan kau!!!",fara memuntahkan amaran marahnya

 "ehh pompuan,karang aku tamparkan"kata irfan sambil mengangkat tangan kanannya
"eh aku ada nama ok.. wahai tengku irfan hakimi.... asal lak nak tampar aku ha!!!"tempik fara

 Tiba-tiba  ....pintu stor terbuka dari luar..

"hoiii,apa yang korang buat ni",marah guru disiplin,En Zul yang dibelakangnya ada dua pegawai memakai tag Jabatan Agama Islam

 Irfan dan fara terperanjat  dan irfan menurunkan tangannya yang didepangkan ke dinding

........................................................................................................

Di pejabat pengetua , fara dan irfan disoal oleh pengetua dan dua orang pegawai JAKIM itu.
 "saya tak buat perkara itu cikgu..tuan"jelas fara
 "saya pun",celah irfan

 "tak apa, kamu semua tidak payah menjelaskan lagi, saya telah pun menelefon ibu bapa kalian"jelas pengetua

 Fara dan irfan diminta duduk di sofa pejabat sementara ibu bapa mereka belum datang.

 Dalam masa 15 minit,kecoh bilik pengetua kerana parent mereka telah pun sampai.Ibu bapa kedua-dua pihak sibuk memarahi anak masing masing.

 "tuan dan puan diminta bertenang",jerit pengetua setelah keadaan menjadi luar kawalan.

 "kita berkumpul di sini untuk menyelesaikan masalah bukan bertengkar kerana nasi sudah menjadi bubur"kata pengetua lagi
"Tuan ismail ..sila teruskan", pengetua menjemput pegawai Jabatan Agama Islam  itu

 "saya ingin tahu ,adakah kedua-dua pihak ingin menyelesaikan masalh ini di mahkamah atau secara peribadi",tanya pegawai itu

 "kalau secara peribadi ..bagaimana caranya"tanya bapa irfan iaitu pm
"ohh kalau cara peribadi ,kita mesti nikahkan mereka ",jelas pegawai itu lagi

 "oh kalau macam tu, saya setuju.. untuk kebaikan kedua-dua belah pihak dan menjaga maruah"kata pm
"but.... fara tak nak nikah muda, lagi pun saya tak naklah nikah dengan irfan ni"rayu fara tetiba.

 "KAU DIAM!!!, dahlah buat malu keluarga,tapi tak nak tanggung... saya pun bersetuju kita selesaikan perkara ini dengan cara ini", abah fara mencelah.


 "kalau macam  itu, bila tarikhnya ...En...."tanya pm
"saya nordin, tuan pmlah tentukan"jelas abah fara
"kalau saya... lagi cepat lagi bagus..sebab kita tak nak perkara ini berulang lagi,jadi saya ingat sabtu minggu depan rasanya boleh"cadang pm

"kalau begitu..kami bersetuju "kata abah fara

 Mereka bersepakat tentang pernikahan ini dan menyuruh fara dan irfan senyap dan jangan menghebohkan tentang perkara  ini yang masih belum berlaku lagi .Irfan dan fara meneruskan persekolahan selepas ibu dan bapa mereka balik akan tetapi keadaan mereka seperti patung bernyawa hari itu dan amat pelik.

Friday, November 27, 2009

Do You Love Me?-1

Bab 1

 "bye mak,fara pergi sekolah dulu",kata fara
 "okey,bye sayang ....kayuh baik-baik basikal tu."pesan mak

 Farah mengayuh basikal dengan perasaan tenang kerana hari ini merupakan hari pertama persekolahan dan hatinya tidak sabar untuk melihat anak perdana menteri yang akan bersekolah di sekolah yang sama dengannya.

 Sesampai sahaja di sekolah , fara meletakkan basikalnya di tempat yang di khaskan dan terus ke ruang legar untuk bertemu dengan lynn, emah dan chong iaitu kawan rapatnya.

 "hai korang .. mmm dah lama sampai?", sapa fara
 "dah lama sampai pun",balas emah sambil menutup buku rujukan sejarahnya dan menyimpannya di dalam beg.

 "wey,anak perdana menteri tu dah sampai ke?"tanya fara
"belumlah...apasal nak tau pulak.. nak pikat ekkk?"sakat lynn
 "taklah.. apalah pikir macam tu, aku nak tengok hensem ke tidak mamat tu sampai semua perempuan gilakan dia lagipun aku tak minat lah.. sekarang ni aku tumpu spm je", balas fara panjang lebar.

 "yelah fara , aku tau perangai kau ni, apa.. tak mudah jatuh cinta walaupun orang tu serinu kali hensem ke , kaya ke". chong mencelah

 Tiba-tiba semua orang berlari ke pagar luar sekolah ,fara dan kawannya tidak melepaskan peluang lalu join diaorang kerana dapat mengagak yang anak pm tu dah sampai.
 Sesampainya di sana , fara melihat ada 3 buah kereta mercedes yang iringi anak pm tu. Bila anak pm itu keluar dari kereta semua perempuan menjerit kerana ketampanan lelaki itu.

 "wey , apa nama budak tu ha?",tanya fara dan berlalu dari pintu pagar sekolah setelah melihat sendiri ketampanan lelaki itu.
 "Tengku Irfan Hakimi lah, kau ni satu sekolah dah heboh, kau sorang je ketinggalan zaman tau",kata lynn
 "alah mana aku tau, aku buka kipas susah mati dia, lagipun baik aku hafal formula ke, sejarah ke",bebel fara

"dahlah jom masuk barisan, loceng dah bunyi tu",kata emah mengajak rakannya.

...................................................................................................

 Habis sahaja perhimpunan, fara masuk ke kelas yang ditentukan untuknya iaitu 5 mawar a.k.a kelas jurusan masakan.

 Fara duduk di barisan yang paling hadapan sekali bersama 3 rakannya. Chong masuk kelas ini kerana jurusan pilihannya telah penuh.
 Hari pertama persekolahan hanya yuran sekolah dikutip dulu, jadi pembelajaran tidak dimulakan lagi. Ramai yang bercerita tentang irfan a.k.a anak pm itu yang masuk kelas 5 metrik 1 iaitu kelas untuk jurusan enginering.

 "wey aku nak pergi kedai buku dulu, ada buku belum beli lah...korang tak payah ikut ekk", kata fara pada mereka bertiga.
 "ahh, lagi satu aku nak gi jumpa pn asiah lepas tu", terang fara lagi.
 "yelah, kitaorang tak ikut"kata lynn pada fara

 Fara menuruni tangga dan terus menuju ke kedai buku, 'Ahh .....gila ramai nak beli buku'kata fara dalam hati.
 Fara beratur sampai setengah jam baru sampai gilirannya.

 Habis beli buku, fara berjalan ke bilik kaunseling di tingkat 1. Dia terpaksa memegang 5 buah buku itu kerana plastik beg dah habis. Nasibnya malang kerana semua buku itu tebal belaka.
 Semasa berjalan, mata fara tertumpu ke majlis orentasi form1 , so dia tak nampak yang ada orang berjalan di hadapannya ....tiba-tiba.... buukkkk!!!!

 "oppsss ...sorry tadi mata saya kat tempat lain",kata fara yang tunduk lalu mengutip bukunya yang jatuh.
Bila bangun sahaja , dia terperanjat kerana orang yang dia langgar adalah irfan anak pm tu!!.

 "sorry okey"kata fara lagi

Irfan terus jalan tanpa melihat fara
 "ishhh sombongnya, harap muka je hensem , perangai hampeh..tah macam manalah orang leh suka dia"kata fara perlahan.



Fara meneruskan perjalanannya ke bilik kaunseling.






...................................................................

 Hari ini persekolahan tamat pukul 1.45 petang sebab hari isnin. Ahhh memang first day school susah sebab nak kena beli itu  ini.. bayar yuran lagi ....
 Fara sampai di rumah tepat pukul 2.00 petang

 Dia terus meletakkan basikalnya di garaj dan terus membuka pintu rumah dengan kuncinya dan semasa melangkah kakinya di dalam rumah fara memberi salam.

 "assalamualaikum"laung fara
"waalaikumusalam"jawab mak

 "hai mak, masak apa hari ni"tanya fara sambil memeluk maknya
"masak lauk , macam biasa " balas mak
"oklah , fara naik dulu mandi, tukar baju nanti fara turun makan"jelas fara dan menaiki tangga rumahnya
"ahh, jangan tidur pulak, turun makan "pesan mak lagi
"ye mak"balas fara dan terus melangkah pantas ke biliknya.

Do You Love Me?-Watak&sinopsis

WATAK-WATAK


Tengku Irfan Hakimi bin Dato' Sri Tengku Ifque Hakim(a.k.a irfan )


  • anak perdana menteri
  • berumur 17 tahun berdarah kacukan
  • sekolah di sekolah orang biasa yang bertaraf elit
  • mengambil jurusan enginering
  • bersifat mempunyai pelbagai personaliti
  • mempunyai peminat yang ramai
  • benci mengaku perasaan sendiri
  • bersifat protective
  • sangat pandai


 Farah  Diyana binti Nordin(a.k.a fara)




  • berumur 17 tahun darah kacukan
  • mendapat schoolarship bersekolah di sekolah elit
  • boleh menjadi terlalu emosional
  • mengambil jurusan masak atau culinary
  • sangat sayang dengan keluarganya
  • datang dari keluarga yang sederhana
  • anak tunggal seperti irfan
  • boleh menjadi sangat keras hati jika hati dilukai


   Marlin

  • orang ketiga dalam perhubungan fara dan irfan
  • tak suka akan fara
  • anak orang berada

  Ashraff Danille Raul(danny)


  • orang sentiasa berada di sisi fara
  • menyukai fara
  • membenci irfan pada mulanya tapi akhirnya mengalah
  • orang kaya
  • kacukan seperti fara dan irfan

  Emah


  •  kawan baik fara
  • penyayang





  Lynn


  • kawan baik fara sejak kecil
  • berjiwa rock
  • kaya tapi pemurah




 Chong


  •  satu-satunya lelaki dalam kumpulan fara
  • berjiwa kental
  • mempunyai lemah semangat
  • sayang akan kawannya
  • bercita-cita menjadi pereka fesyen
  • ada penyakit

Wednesday, November 25, 2009

I'm not alone 4

Bab 4




Di pejabat



“assalamualaikum semua”sapa mia di ketika melalui meja pekerjanya

“waalaikumusalam cik mia.”balas mereka.



Ketika sampai di meja lina iaitu setiausahanya ,



“hai lina.”senyum mia

“oh hai cik mia.. maaf saya tak sedar tadi”kata lina gugup

“ohh tak pe.. so hari macam mana.. ada dapat tender baru or problem??”kata mia serius

“kita dapat tender baru cik mia .. dari Usaha Holding baru je sampai”jelas lina

“ok kalau macam tu tolong bawa masuk bilik saya and can I ask u a favour”mia tersenyum



“eh boleh apa salahnya”

“boleh tolong buatkan coffee tak untuk saya.. nak segarkan balik otak ni…”kata mia lembut



“eh boleh … manis or kurang manis”

“kurang manis lahh.. diet sikit dah gemuk ni”kata mia sambil menunjukkan pipinya yang putih itu.



“ehh mana ada cik mia .. biasa je saya tengok,, slim lagi tu”

“oklah .. tolong ye”kata mia sambil melangkah ke biliknya





“waitt waitt ……..”

“ye ada apa lagi cik mia”kata lina yang baru sahaja hendak melangkah ke pantry

“kalau boleh , tak yah lah panggil saya cik mia.. malu lah saya.. lina kan tua dari saya.. just call me mia ok”

“mmmm ok ci…k opps mia”kata lina dan terus melangkah pergi setelah mia masuk ke dalam bilik pejabatnya.



Hari ni amat memenatkan mia, kerana hakim tiada untuk tolongnya menguruskan pejabat ni kerana ada urusan di mahkamah. Hari ini juga mia terpaksa meneliti tender yang baru sampai itu juga menyelesaikan masalah tentang model iklan untuk produk terbaru syarikat ini.



Tiba –tiba… lina melangkah masuk tanpa di jemput.



“mm ,.. maaf mia.. saya tak sempat nak ketuk tadi .. kita ada masalah besar”kata lina dengan muka risau



“tak pe.. masalah apa lina”kata mia yang terkerut dahinya.

“tender yang saya bagi mia tadi sepatutnya kita dah dapat dari last week dah… tapi saya baru dapat tadi dari bahagian pengurusan”jelas lina tercugap-cugap



“lah … macam mana boleh jadi macam ni.. sapa yang bertanggung jawab dalam hal ni”tegas mia



“encik ali … dia yang baru bagi saya tadi”

“kalau macam tu suruh dia jumpa saya sekarang”



“itu mia boleh urus nanti.. saya nasihatkan mia pergi jumpa wakil dari Usaha Holding tu dulu”kata lina tegas



“ha?? Mereka dah ada kat sini… jom.. bawakan saya document tentang syarikat ini.. “kata mia tergesa –gesa keluar dari biliknya dan menuju ke bilik mesyuarat .



“ye .. ya baik mia”kata lina sambil memunggah document di rak bilik mia



Sambil berjalan,sambil tu mia membaca document yang ada di tangan dia. Ohh baru mia tahu yang syarikat Usaha Holding ini sudah lama menjadi punca rezeki syarikat ini. Fuhhh macam mana nak deal ngan diorang .. mia terpaksa fikir sendiri kerana wakil syarikat itu hanya ingin berjumpa ngan dia saja.



Ketika mia melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat itu, terdapat seorang lelaki yang berpakaian kemas seperti seorang big bos dan seorang lagi yang berpakaian seperti seorang pekerja yang membelakangi mia.



“ehem.. selamat petang”tegur mia sopan



Dan ketika kedua dua lelaki itu memusingkan badan mereka … mia terkejut tapi di simpannya dalam hati dan bersikap professional.



“ya selamat pagi cik mia, kami dari Usaha Holding”tegur lelaki yang berpakaian kemas itu.

“ya… silakan duduk”jemput mia

“oh ye.. ini bos saya tengku danny danic dan saya ashrul”kata ashrul lelaki yang berpakaian kemas itu.

“ohh nice meeting u all,im mia mairina kysyriah”sapa mia sambil menghulurkan salam dan disambut oleh mamat yang langgar mia hari ni a.k.a big bos Usaha Holding.

“kami pun sama… ok back to our bisnes .. tujuan kami dating hari ini mengenai tenden yang sudah seminggu tertunggak itu.. so kami datang ke sini untuk menanya mengenainya serta perkembangannya.”jelas panjang lebar P.A mamat tu.



“sebelum tu , saya nak mintak maaf terlebih dahulu kerana tentang tender itu , saya baru sahaja mendapat tahu tentang tender itu hari ini……”belum sempat mia menyambung hujahnya tengku danic mencelah



“wait wait.. do u mean that after all this week .. you never see that tender until today?”tegas tengku yang berpakaian tidak seperti big bos itu.



Amboi.. speaking nampak … kata mia dalam hati



“ya .. im sorry .. I will make it up for you… I knew that your company are our regular klien … and………………………………”panjang lebar mia menjelaskannya untuk menyakin tengku danny dan itu telah menarik minat tengku danny untuk terus melihat dan mendengar hujah dari mia a.k.a perempuan yang langgar dia kat school tadi.



Dalam hati tengku danny kagum dengan mia kerana usia mia lagi muda dari dia tapi sudah memikul tanggung jawab seberat ini. Tengku danny tidak pernah melihat anak arwah best friend bapanya walaupun pergi ke majlis kebumi hari .. ahhh maybe sebab dia ni sibuk sangat.



“so macam mana .. setuju atau tidak”kata mia menghapuskan lamuan tengku danny



“ahh ehemmm.. baik saya bagi peluang lagi seminggu kalau masih tidak siap saya tidak akan teragak agak memberi peluang ini ke company lain”kata tengku danny yang mempunyai perangai atau lebih dikenali sebagai talent iaitu masih dengar orang sekelilingnya bercakap walaupun dia mengelamun



“ok kalau macam itu saya ucapkan ribuan terima kasih”kata mia dan menghulurkan salam.

“ya.. kalau macam itu ada apa-apa lagi boleh saya bantu”kata mia lagi

“aahh sampai sini sajalah perbincangan ni”kata ashrul

“ok kalau macam tu , saya ucapkan ribuan terima kasih lagi”kata mia dan bersedia untuk bangun dan melangkah ke pintu setelah tetamunya sudah mula mengorak langkah.



“ohhh by the way , im sorry for your lost”kata tengku danny tiba-tiba

“oh im ok , but thank you, I dah redha dahh”kata mia sambil menghadiahkan senyuman manis.

“ok.. I have to go first..”kata tengku danny dan terus melangkah pergi



Dalam hati mia..fuhhh hensem mamat tu bila pandang dia dekat dekat…dan terus ma melangkah ke bilik pejabatnya.



Dan ketika dia melangkah di hadapan sofa tetamu , mia terlihat seorang manusia yang amat dia kenali iaitu fara.. ahhh dia lupa fara nak jumpa dia.



“fara.. im sorry dah lama ke kau tunggu”kata mia menyapa fara yang khusuk baca majalah.

“oii kau ni bagi lah salam dulu ni main terjah”kata fara yang terkejut dengan sergahan itu

“alah kau ni.. dah jom masuk bilik aku.. apa yang penting sangat kau nak bagi aku ni”kata mia dan menarik tangan fara dan menuju ke biliknya



“kau ye pun sabarlah”kata fara yang duduk di sofa di dalam bilik mia.

“banyak ahh kau punya sabar.. aku ada banyak kerja lagi ni”kata mia sambil menghulurkan setin air 100 plus kepada fara.



“yelah ni ha”kata fara sambil menyerahkan satu kotak antic kecil

“ehh apa ni.. birthday aku lambat lagi ahh”kata mia sambil menyambut kotak itu

“ni aku dapat sebelum arwah mama and papa kau berangkat hari tu..mmm mama kau bagi ni kat aku suruh bagi kat kau”kata fara



“mmmmmm.. biar betul ni fara.. apasal pulak arwah mama aku bagi ni kat kau suruh bagi kat aku”kata mia tidak puas hati



“maybe mama kau dapat rasa yang dia tak lama kat dunia ni.. and dia bagi ni kat aku suruh bagi kat kau bila dah 1 bulan dia meninggal dunia”kata fara sambil memegang erat tangan mia yang sudah ada tanda tanda ingin menangis



“mmm aku tak tau apa nak cakap”kata mia menahan sendunya

“kau tak yah cakap apa apa .. apa yang nak kau buat buka kotak ni bila kat rumah nanti.. bila kau keseorangan”kata fara memeluk rakannya



“ok…kuncinya mana”kata mia lagi

“arwah mama kau kata .. kau ada kuncinya..”kata fara lagi

“mmmm bentuk kunci bentuk love macam …macam”belum sempat mia habis cakap

“macam rantai yang mama kau bagi tu kan” kata fara tersenyum

“ahah.. oklah kalau macam tu .. aku simpan dulu kotak ni”kata mia dan menyimpannya didalam laci mejanya



“mm kau ada kerja lagi ke”tanya fara setelah sendu mia dah hilang

“ada … tapi aku ada cite hot nak cite ngan kau”kata mia teruja

“pe dia”

“ingat tak mamat yang langgar aku tak nak mengaku kat school tadi”

“ohh mamat poya a.k.a kerek tu”kata fara

“kau ni sedap je bagi nama.. ni aku nak cite ni.. tadi dia…”belum sempat mia cerite handphone mia berlagu ‘never say goodbye’



“jap ekk”kata mia dan menjawab handphonenya yang tertera nama hakim yang menelefonnya



“hello”

“assalamualaikum hakim”kata mia

“waalaikumusalam.. sorry so macam mana hari ni kerje?”tanya hakim

“ok.. ada problem sikit tapi dah settle”kata mia sambil mengenyit mata pada farad an menyuruh fara menunggunya sebentar dengan bahasa isyarat tangan.

“cian awak… mmm nak keluar lunch ngan saya tak esok lepas school saya amik awak”terang hakim

“mm boleh gak.. lepas tu boleh terus je pergi pejabat”kata mia tersenyum sendiri

“ok kalau macam tu saya letak dulu lah… ada kerja lagi”

“ok bye”

“bye”



Fara yang melihat dari jauh tersenyum dan bersyukur yang mia seceria dulu



“amboi..amboi.. senyum sendiri nampak.. apa suka sangat”kata fara menyakat mia

“ishh sibuk je kau ni..jom aku sambung cite balik”kata mia dan menyambung cerite tentang mamat poya a.k.a kerek tu pada fara dari a sampai z.



Dan selepas fara balik. Mia sibuk ngan kerja dan tenden tadi… nak jumpa orang bertanggungjawab.. tapi tak ada kat pejabat sebab uruskan hal di luar pejabat.. ahhh esok jelah aku jumpa dia.



Mia pun kerja sampai pukul 7 malam baru dia berangkat balik tu pun bawak balik kerjanya bersamanya..dan masih ada lagi kerja yang menunggu di rumah iaitu homework ahaaaaaaa…..

Friday, September 25, 2009

I'm not alone 3

Esokkan harinya Mia bangun dari tidurnya pukul 6.30 pagi


 "ahhhh dah lambat, subuh nak habis ni"jerit mia setelah melihat jam di meja tepi katilnya


Cepat saja mia menarik tuala mandinya danterus masuk ke bilk airnya. Setelah  siap mandi mia berpakaian seragam sekolahnya kerna hari ni dia ingin ke sekolah setelah 3 hari bercuti untuk urusan segala urusan keluarganya.


 Di SEKOLAH


 "hello kekawan semua, miss me?"sergah mia pada best friend dia iaitu fara and elsya
 "oh mak pocot ...."latah fara
" hahahhahahahhahah" gelak mia dan elsya
"kau ni kalo ye pun nak teguh bagi salam ,terkejut aku kang aku mati sapa nak tanggung jawab?"marah fara
"alah kau ni, jangan marah, tak baik...nanti bf kau lari sapa susah aku gak"mia masih mahu menyakat fara
"asal dia nak tinggalkan aku lak?"geram fara
"sebab muka kau dah banyak kedut cam orang tua,lagipun kau masih muda "jawab elsya pula dan disokong mia


"yelah ,malas aku nak layan, jom lah gi kantin jap  beli air haus lak bertekak ngan korang ni"kata fara sambil berlalu pergi.
"lerr merajuk lak. pepagi buta nak merajuk pelah"kata mia sambil mengikut fara dan elsya




 "ahh, bosan lah..sekarang time bio lah,miss pink dahh"kata elsya sambil mengeliatkan badannya. miss pink adalah gelaran yang kitaorang bagi kat miss xenia cuz dia suka pakai warna pink sampaikan kereta pun pink colour....ishhhh tah tah nanti bila dah ada rumah sendiri ke, sekolah sendiri ke semuanya dicat pink...ahhh simpang malaikat 44 lahh


 semua pelajar senyap bila miss pink masuk ke kelas cuz takut dia hukum kitaorang, biasalah andartulah katakan..angin satu badan.

"mia balik nanti, sap jemput kau bapak hang ke driver hang?"tanya elsya dan belum sempat mulut mia memberi jawapan fara telah menyiku elsya sambil menjengkilkan matanya

"its ok fara, aku pun nak mintak maaf kat korang sebab tak ajar korang kat majlis kemubi arwah parent aku, paham paham jelah , aku just not myself masa tu....."terang mia panjang lebar

"alah kitaorang paham, tapi sorrylah aku terlepas tadi, yelah aku tengok kau ceria..ceria selalu je"kata elsya

"aku redha dah.. biarlah parent aku aman kat sana, aku yang hidup ni mesti berusaha , banyak lagi tanggung jawab aku"

"u know what, aku ngan elsya akan sentiasa disamping kau, "kata fara.
"ya i know, koranglah best friend dunia akhirat aku"
"ya best friend for ever... "kata mereka serentak...

Waktu belajar selama 6 jam terasa sekejap je, apabila loceng balik dibunyikan, semua berpusu-pusu keluar dari kelas.

"jom ,aku dah siap pack dah ni"kata mia
"yuk, aku pun...ishhh elsya ni lembab tul, macam mak nenek je aku tengok"bebel fara setelah melihat elsya belum selesai pack begnya

"alah kejaplah, kau ni..tak lari driver kau tu" rajuk elsya
"yelah, dah siap lum, gerak dah ni"
"dah sabarlah, cuba bawak bersabar macam mia tu" kata elsya sambil mengejar kawannya yang meningalkan di belakang. Mia hanya mampu tersenyum, malas dia nak masuk campur.

Saat mia melangkar turun tangga, seseorang telah melanggarnya

"oppss sorry..."kata mia, biarpun dia tahu bukan salahnya
"ada mata letak kat mana, lutut ke"sinis orang yang melanggar mia membalas
"ek eleh , kau tu yang buta kata kawan aku lak, lain kali jalan tengok depan, bukannya tengok kasut buruk kau yang berapa tahun tak basuh tu.."balas fara hangit ngan mamat yang sembur mia
"ada aku langgar kau"
"mana ada , tapi kau langgar kawan aku"
"so ... boleh tak jangan masuk campur, lagipun kawan kau ni ada mulut biar dia je yang balas"pedas kata mamat ni
"suka aku lah... "belum pun fara balas mia masuk campur
"sudah lah.. biar jelah....excuse me, my i past by"kata mia sopan
"apa lak aku nak kena tepi, kau lah tepi"
"ishhhhh  diA ni memang nak kena luku ke"kata fara menahan geram manakala elsya hanya berdiam diri kerana terpaku ....
"dahlah fara kita tepi jelah, yak rugi pun, dapat pahala adalah......yelah memberi laluan kepada warga veteran"kata mia tersenyum sinis
"kau.......iashhhhhhhhhhhhhhh"kata mamat tu dan terus berlalu dengan muka benggang

"hahahhahahah"
"padan muka dia "kata fara dan mia

Tiba-tiba baru mia ngan fara teringat akan sorang lagi kawan mereka yang tak dengar bunyi lagi tadi

"hoiiii, asal kau senyap je, asal tak back up kitaorang tadi"sergah fara
"alah kau ngan mia cukuplah, karang aku masuk campur jadi lain pulak"tersengih elsya
"lain apa lak, kau tu yang tangkap cintan ngan mamat tu kan"
"ishhh mana ada kau ni memandai je"terkejut elsya apabila fara tau dia tertangkap  cintan tadi

"kau tak yah nak berdalil, tadi kau asyik je tenung mamat, nasib dia tak perasan kang makin naik tanduk lak"kata fara geram
"alah , korang ni, aku tengok mamat tadi hensem lak and sekarang baru aku sedar yang dia tu senior kita"
"ha?? bila masa lak"tanya mia pulak, sebab dia tak pernah lihat mamat tu

" aku taulah aku kan mesin gosip panas bergerak.... dia tu senior paling popular, and ramai girl kat school ni jatuh cinta lah kat dia cuma dia ni jenis dingin je, susah nak rapat ngan girl but dia tu ramai kawan lelaki , dia tu dahlah pandai, sportman and rich tul, but dia low profile hanya orang dalam je tau tentang kisah private dia.. aku pun terdengar macam tu je dari gedikssss girl"terang panjang lebar elsya

Terloponh mia dan fara 'fuh teror tu kawan gua ni'kata fara dalam hati

"ishh kau ni, semua tau"kata mia
"see the mouth lah., dah mak aku penat lahirkan aku ngan mulut yang comeiiii ni, ada gunanya gak"kata elsya bangga

"udahlah tu bangga,... ehh tadi kau kata dia ramai kawan lelaki kan, tah tah dia ni gay"kata fara
"oii tak baik tau."tegur mia
"tu aku tak tau"kata elsya sambil menunjukkan sign tangan tak tau

"dah aku nak balik, driver aku dah sampai"kata mia
"ouiii, jap, petang nikau ada masa tak" laung fara
"tak ahh, aku kat office nak urus something"
"oh k, aku gi office kau jelah petang ni, ada something aku nak kasi" kata fara
" ok..chow" kata mia sebelum masuk dalam kereta

"ehh apa yang kau nak bagi mia ni"ragu elsya
"adalah..dahlah aku nak balik chow" kata fara setelah melihat drivernya sampai
"aku pun, chow"

Mereka pun balik dari sekolah, tapi akan ada kejutan buat mia  pada petang tu.....