? ??????????????Skulls On Fire? ????? ?? ???Rating: 4.8 (24 Ratings)??76 Grabs Today. 36165 Total Grabs. ?
?????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????Dark Tree? ????? ?? ???Rating: 4.2 (18 Ratings)??74 Grabs Today. 17050 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, November 27, 2009

Do You Love Me?-1

Bab 1

 "bye mak,fara pergi sekolah dulu",kata fara
 "okey,bye sayang ....kayuh baik-baik basikal tu."pesan mak

 Farah mengayuh basikal dengan perasaan tenang kerana hari ini merupakan hari pertama persekolahan dan hatinya tidak sabar untuk melihat anak perdana menteri yang akan bersekolah di sekolah yang sama dengannya.

 Sesampai sahaja di sekolah , fara meletakkan basikalnya di tempat yang di khaskan dan terus ke ruang legar untuk bertemu dengan lynn, emah dan chong iaitu kawan rapatnya.

 "hai korang .. mmm dah lama sampai?", sapa fara
 "dah lama sampai pun",balas emah sambil menutup buku rujukan sejarahnya dan menyimpannya di dalam beg.

 "wey,anak perdana menteri tu dah sampai ke?"tanya fara
"belumlah...apasal nak tau pulak.. nak pikat ekkk?"sakat lynn
 "taklah.. apalah pikir macam tu, aku nak tengok hensem ke tidak mamat tu sampai semua perempuan gilakan dia lagipun aku tak minat lah.. sekarang ni aku tumpu spm je", balas fara panjang lebar.

 "yelah fara , aku tau perangai kau ni, apa.. tak mudah jatuh cinta walaupun orang tu serinu kali hensem ke , kaya ke". chong mencelah

 Tiba-tiba semua orang berlari ke pagar luar sekolah ,fara dan kawannya tidak melepaskan peluang lalu join diaorang kerana dapat mengagak yang anak pm tu dah sampai.
 Sesampainya di sana , fara melihat ada 3 buah kereta mercedes yang iringi anak pm tu. Bila anak pm itu keluar dari kereta semua perempuan menjerit kerana ketampanan lelaki itu.

 "wey , apa nama budak tu ha?",tanya fara dan berlalu dari pintu pagar sekolah setelah melihat sendiri ketampanan lelaki itu.
 "Tengku Irfan Hakimi lah, kau ni satu sekolah dah heboh, kau sorang je ketinggalan zaman tau",kata lynn
 "alah mana aku tau, aku buka kipas susah mati dia, lagipun baik aku hafal formula ke, sejarah ke",bebel fara

"dahlah jom masuk barisan, loceng dah bunyi tu",kata emah mengajak rakannya.

...................................................................................................

 Habis sahaja perhimpunan, fara masuk ke kelas yang ditentukan untuknya iaitu 5 mawar a.k.a kelas jurusan masakan.

 Fara duduk di barisan yang paling hadapan sekali bersama 3 rakannya. Chong masuk kelas ini kerana jurusan pilihannya telah penuh.
 Hari pertama persekolahan hanya yuran sekolah dikutip dulu, jadi pembelajaran tidak dimulakan lagi. Ramai yang bercerita tentang irfan a.k.a anak pm itu yang masuk kelas 5 metrik 1 iaitu kelas untuk jurusan enginering.

 "wey aku nak pergi kedai buku dulu, ada buku belum beli lah...korang tak payah ikut ekk", kata fara pada mereka bertiga.
 "ahh, lagi satu aku nak gi jumpa pn asiah lepas tu", terang fara lagi.
 "yelah, kitaorang tak ikut"kata lynn pada fara

 Fara menuruni tangga dan terus menuju ke kedai buku, 'Ahh .....gila ramai nak beli buku'kata fara dalam hati.
 Fara beratur sampai setengah jam baru sampai gilirannya.

 Habis beli buku, fara berjalan ke bilik kaunseling di tingkat 1. Dia terpaksa memegang 5 buah buku itu kerana plastik beg dah habis. Nasibnya malang kerana semua buku itu tebal belaka.
 Semasa berjalan, mata fara tertumpu ke majlis orentasi form1 , so dia tak nampak yang ada orang berjalan di hadapannya ....tiba-tiba.... buukkkk!!!!

 "oppsss ...sorry tadi mata saya kat tempat lain",kata fara yang tunduk lalu mengutip bukunya yang jatuh.
Bila bangun sahaja , dia terperanjat kerana orang yang dia langgar adalah irfan anak pm tu!!.

 "sorry okey"kata fara lagi

Irfan terus jalan tanpa melihat fara
 "ishhh sombongnya, harap muka je hensem , perangai hampeh..tah macam manalah orang leh suka dia"kata fara perlahan.



Fara meneruskan perjalanannya ke bilik kaunseling.






...................................................................

 Hari ini persekolahan tamat pukul 1.45 petang sebab hari isnin. Ahhh memang first day school susah sebab nak kena beli itu  ini.. bayar yuran lagi ....
 Fara sampai di rumah tepat pukul 2.00 petang

 Dia terus meletakkan basikalnya di garaj dan terus membuka pintu rumah dengan kuncinya dan semasa melangkah kakinya di dalam rumah fara memberi salam.

 "assalamualaikum"laung fara
"waalaikumusalam"jawab mak

 "hai mak, masak apa hari ni"tanya fara sambil memeluk maknya
"masak lauk , macam biasa " balas mak
"oklah , fara naik dulu mandi, tukar baju nanti fara turun makan"jelas fara dan menaiki tangga rumahnya
"ahh, jangan tidur pulak, turun makan "pesan mak lagi
"ye mak"balas fara dan terus melangkah pantas ke biliknya.

0 comments: